Jumat, 18 Maret 2011

Tarbiyah




MA’RIFATULLAH

Pendahuluan

Mungkin ada di kalangan kita yang bertanya kenapa pada saat ini kita masih perlu berbicara tentang Allah padahal kita sudah sering mendengar dan menyebut namaNya dan kita tahu bahawa Allah itu Tuhan kita. Tidakkah itu sudah cukup untuk kita ?

Saudaraku, jangan sekali kita merasa sudah cukup dengan pemahaman dan pengenalan kita terhadap Allah karena semakin kita memahami dan mengenaliNya kita merasa semakin hampir denganNya.

Kita juga mau agar terhindar dari pemahaman-pemahaman yang keliru terhadap Allah dan terhindar juga dari sikap-sikap yang salah dari kita terhadap Allah.

Ketika kita membicarakan tentang makrifatullah, bermakna kita berbicara tentang Rabb, Malik dan Ilah kita. Rabb yang kita pahami dari istilah Al-Qur’an adalah sebagai Pencipta, Pemilik, Pemelihara dan Penguasa. Manakala Ilah pula mengandung arti yang dicintai, yang ditakuti dan juga sebagai sumber pengharapan. Kita boleh lihat hal ini di dalam surat An-Naas : 1-3.

Dengan demikian maka jelaslah bahawa usaha kita untuk lebih jauh memahami dan mengenal Allah adalah merupakan bahagian terpenting di dalam hidup ini. Bagaimanakah jalan atau metod yang harus kita lalui untuk mengenal Allah SWT dan apakah halangan-halangan yang senantiasa menghantui manusia dari pada mengenal dan berdampingan denganNya ? Mungkin boleh kita merujuk kepada satu riwayat yang bermaksud : “Kenalilah dirimu nescaya engkau akan mengenali Tuhanmu”. Dari pengenalan diri sendiri, maka ia akan membawa kepada pengenalan (makrifah) yang menciptakan diri iaitu Allah. Ini adalah karena pada hakikatnya makrifah kepada Allah adalah sebenar-benar makrifah kepada Allah adalah sebenar-benar makrifah dan merupakan asas segala kehidupan rohani.

Setelah makrifah kepada Allah, akan membawa kita kepada makrifah kepada Nabi dan Rasul, makrifah kepada alam nyata dan alam ghaib dan makrifah kepada alam akhirat.

Keyakinan terhadap Allah SWT menjadi mantap apabila kita mempunyai dalil-dalil dan bukti yang jelas tentang kewujudan Allah lantas melahirkan pengesaan dalam mentauhidkan Allah secara mutlak. Pengabdian diri kita hanya semata-mata kepada Allah sahaja. Ini memberi arti kita menolak dan berusaha menghindarkan diri dari bahaya-bahaya disebabkan oleh syirik kepadaNya.

Kita harus berusaha menempatkan kehidupan kita dibawah bayangan tauhid dengan cara kita memahami ruang perbahasan dalam tauhid dengan benar tanpa penyelewengan sesuai dengan manhaj salafussoleh. Kita juga harus memahami empat bentuk tauhidullah yang menjadi misi ajaran Islam di dalam Al-Qur’an maupun sunnah iaitu tauhid asma wa sifat, tauhid rububiah, tauhid mulkiyah dan tauhid uluhiyah. Dengan pemahaman ini kita akan termotivasi untuk melaksanakan sikap-sikap yang menjadi tuntutan utama dari setiap empat tauhid tersebut.

Kehidupan paling tenang adalah kehidupan yang bersandar terus kecintaannya kepada Yang Maha Pengasih. Oleh karena itu kita harus mampu membedakan di antara cinta kepada Allah dengan cinta kepada selainNya serta menjadikan cinta kepada Allah mengatasi segala-galanya. Apa yang menjadi tuntutan kepada kita ialah kita menyadari pentingnya melandasi seluruh aktiviti hidup dengan kecintaan kepada Allah, Rasul dan perjuangan secara minhaji.

Di dalam memahami dan mengenal Allah ini, kita seharusnya memahami bahawasanya Allah adalah merupakan sebagai sumber ilmu dan pengetahuan. Ilmu-ilmu yang Allah berikan itu adalah menerusi dua jalan yang membentuk dua fungsi iaitu sebagai pedoman hidup dan juga sebagai sarana hidup. Kitab juga sepatutnya menyadari kepentingan kedua bentuk ilmu Allah dalam pengabdian kepada Allah untuk mencapai tahap taqwa yang lebih cemerlang.

 



AHAMMIAH MAKRIFATULLAH








Objektif





1. Memahami
pentingnya makrifatullah dalam kehidupan manusia.


2. Memahami bahawa makrifatullah dapat menjadikannya mencapai
hasil dari penambahan iman dan taqwa.











Sinopsis






Makrifatullah atau mengenal Allah adalah subyek utama yang
mesti disempurnakan oleh seorang muslim. Para
mad’u yang diajak untuk terlibat sama di dalam dakwah mestilah
dipastikan betul mereka memiliki kefahaman dan pengenalan yang sahih
terhadap Allah SWT. Mesti terpacak kukuh di dalam hati sanubari bahawa
Allah adalah sebagai “Rabb” kepada sekalian alam. Keyakinan ini tentu
sekali bersandarkan kepada berbagai dalil dan bukti yang kukuh. Dari
keyakinan ini, akan membuahkan peningkatan iman dan taqwa. Personaliti
merdeka dan bebas adalah yang lahir dari pengenalan yang mantap terhadap
Allah. Juga akan lahir ketenangan, keberkatan dan kehidupan yang baik
sebagai manifestasi dari mengenali Allah. Di akhirat akan dikurniakan
pula dengan balasan syurga Allah. Semua ini adalah bergaris penamat di
keredhaan Allah SWT.











Hasyiah










1.
Kepentingan
Ilmu Makrifatullah.










Sarahan :



Riwayat ada
menyatakan bahawa perkara pertama yang mesti dilaksanakan dalam agama
adalah mengenal Allah (awwaluddin makrifatullah). Bermula dengan
mengenal Allah, maka kita akan mengenali diri kita sendiri. Siapakah
kita, dimanakah kedudukan kita berbanding mahluk-mahluk yang lain,
apakah sama misi hidup kita dengan binatang-binatang yang ada di bumi
ini, apakah tanggung jawab kita dan kemanakah kesudahan hidup kita.
Semua persoalan itu akan terjawab secara tepat setelah kita mengenali
betul-betul Allah sebagai Rabb dan Ilah. Yang Mencipta, Yang
Menghi-dupkan, Yang Mematikan dan seterusnya.









Dalil :



· Q.47:19, ayat ini mengarahkan kepada kita dengan bahasa
(ketahuilah olehmu) bahawasanya tidak ada ilah selain Allah dan minta
ampunlah untuk dosamu dan untuk mukminin dan mukminat. Apabila
Al-Qur’an menggunakan sibghah amar (perintah), maka ia menjadi wajib
menyambut perintah tersebut. Dalam konteks ini mengetahui atau
mengenali Allah (makrifatullah) adalah wajib.


·
Q.3:18, Allah menyatakan bahawa tidak
ada tuhan melainkan Dia, dan telah mengakui pula para malaikat dan
orang-orang yang berilmu sedang Allah berdiri dengan keadilan. Tidak
ada tuhan melainkan Dia Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.


·
Q.22:72-73, Allah telah menjanjikan
kepada mereka yang mengingkari ayat-ayat Allah samada ayat qauliyah atau
kauniyah dengan api neraka. Janji ini Allah turunkan di dalam surat Al-Hajj ayat
72-73 : Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang terang kamu
dapati pada muka-muka orang kafir kemarahan. Hampir-hampir mereka
menendang orang-orang yang membacakan kepada mereka ayat-ayat kami.
Katakanlah kepada mereka : Hendaklah aku khabarkan kepada kamu dengan
yang lebih buruk daripada itu, iaitulah neraka yang telah dijanjikan
oleh Allah kepada mereka yang kufur dan itulah seburuk-buruk tempat
kembali. Wahai manusia, dibawakan satu permisalan maka hendaklah kamu
dengar ! Sesungguhnya orang-orang (berhala-berhala) yang engkau sembah
selain Allah tidak akan mampu mencipta seekor nyamuk sekalipun seluruh
mereka berkumpul untuk tujuan itu. Dan jika mereka dihinggapi oleh
seekor lalat, mereka tidak mampu untuk menyelamatkan diri. Lemahlah
orang yang menuntut dan orang yang dituntut (sembah). Oleh yang
demikian makrifatullah menerusi ayat-ayatNya adalah suatu kepentingan
utama perlu dilaksanakan agar terselamat dari api neraka.


·
Q.39:67, mereka tidak mentaqdirkan Allah
dengan ukuran yang sebenarnya sedangkan keseluruhan bumi berada di
dalam genggamanNya pada Hari Kiamat dan langit-langit dilipatkan dengan
kananNya. Maha Suci Dia dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka
sekutukan. Orang-orang kafir tidak mentaqdirkan Allah dengan taqdir
yang sebenarnya karena mereka tidak betul-betul makrifatullah. Ayat ini
menarik kita agar tidak salah taqdir terhadap hakikat ketuhanan Allah
yang sebenarnya. Oleh itu memerlukan makrifatullah yang sahih dan
tepat.











2.
Tema
Perbicaraan Makrifatullah – Allah Rabbul Alamin.










Sarahan :



Ketika kita
membicarakan tentang makrifatullah, bermakna kita berbicara tentang
Rabb, Malik dan Ilah kita. Rabb yang kita pahami dari istilah Al-Qur’an
adalah sebagai Pencipta, Pemilik, Pemelihara dan Penguasa. Manakala
ilah pula mengandungi arti yang dicintai, yang ditakuti dan juga sebagai
sumber pengharapan. Kita boleh lihat hal ini di dalam surat An-Naas : 1-3.
Inilah tema di dalam makrifatullah. Jika kita menguasai dan menghayati
keseluruhan tema ini, bermakna kita telah mampu menghayati makna
ketuhanan yang sebenarnya.









Dalil :



· Q.13:16, “Katakanlah, siapakah Rabb segala langit dan bumi ?
Katakanlah Allah. Katakanlah, adakah kamu mengambil wali selain
daripada Nya yang tiada manfaat kepada dirinya dan tidak pula dapat
memberikan mudarat ? Katakanlah, adakah bersamaan orang yang buta
dengan orang yang melihat ? Bahkan adakah bersamaan gelap dan nur
(cahaya) ? Bahkan adakah mereka mengadakan bagi Allah sekutu-sekutu
yang menjadikan sebagaimana Allah menjadikan, lalu serupa mahluk atas
mereka ? Katakanlah, Allah. Allah yang menciptakan tiap tiap sesuatu
dan Dia Esa lagi Maha Kuasa”.


·
Q.6:12, “Katakanlah, baqi siapakah apa
apa yang di langit dan bumi ? Katakanlah, bagi Allah. Dia telah
menetapkan ke atas diriNya akan memberikan rahmat. Demi sesungguhnya
Dia akan menghimpunkan kamu pada Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan
padanya. Orang-orang yang merugikan diri mereka, maka mereka tidak
beriman”.


· Q.6:19, “Katakanlah, apakah saksi yang paling besar ?
Katakanlah, Allah lah saksi diantara aku dan kamu. Diwahyukan kepadaku
Al-Qur’an ini untuk aku memberikan amaran kepada engkau dan sesiapa yang
sampai kepadanya Al-Qur’an. Adakah engkau menyaksikan bahawa bersama
Allah ada tuhan-tuhan yang lain ? Katakanlah, aku tidak menyaksikan
demikian. Katakanlah, hanya Dialah tuhan yang satu dan aku bersih dari
apa yang kamu sekutukan”.


·
Q.27:59, “Katakanlah, segala puji-pujian
itu adalah hanya untuk Allah dan salam sejahtera ke atas hamba-hambanya
yang dipilih. Adakah Allah yang paling baik ataukah apa yang mereka
sekutukan”.


· Q.24:35, “Allah memberi cahaya kepada seluruh langit dan bumi”.


·
Q.2:255, “Allah. Tidak ada tuhan
melainkan Dia. Dia hidup dan berdiri menguasai seluruh isi bumi dan
langit”.









3.
Didukung
Dengan Dalil Yang Kuat (Q.75:14-15).










Sarahan :



Makrifatullah
yang sahih dan tepat itu mestilah bersandarkan dalil-dalil dan
bukti-bukti kuat yang telah siap disediakan oleh Allah untuk manusia
dalam berbagai bentuk agar manusia berfikir dan membuat penilaian. Oleh
karena itu banyak fenomena alam yang disentuh oleh Al-Qur‘an diakhirkan
dengan persoalan tidakkah kamu berfikir, tidakkah kamu mendengar dan
sebagainya. Pertanyaan-pertanyaan itu boleh mendudukkan kita pada satu
pandangan yang konkrit betapa semua alam cakrawala ini adalah dibawah
milik dan pentadbiran Allah SWT.









Dalil :



· Naqli, Q.6:19. Allah menurunkan Al-Qur’an kepada Rasul sebagai
bahan peringatan untuk manusia.


·
Aqli, Q.3:190, Kejadian langit, bumi dan
pertukaran siang malam menjadi bukti bagi orang yang berfikir.


·
Fitri, Q.7:172, Pertanyaan Allah kepada
anak adam di alam fitrah, bukan Aku tuhanmu ? Lalu diakuri.











4.
Dapat
Menghasilkan : peningkatan iman dan taqwa.










Sarahan :



Apabila kita
betul-betul mengenal Allah menerusi dalil-dalil yang kuat dan kukuh,
hubungan kita dengan Allah menjadi lebih akrab. Apabila kita hampir
dengan Allah, Allah lebih lagi hampir kepada kita. Setiap ayat Allah
semada dalam bentuk qauliyah maupun kauniyah tetap akan menjadi bahan
berfikir kepada kita dan penambah keimanan serta ketakwaan. Dari sini
akan menatijahkan personaliti hamba yang merdeka, tenang, penuh
keberkatan dan kehidupan yang baik. Tentunya tempat abadi baginya
adalah surga yang telah dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hamba yang
telah diredhaiNya.











5.
Kemerdekaan.










Dalil :



· Q.6:82,
“Orang-orang yang beriman dan tidak mencampurkan keimanannya dengan
kezaliman, untuk merekalah keamanan sedang mereka itu mendapat
petunjuk”.











6.
Ketenangan.










Dalil :



· Q.13:28,
“Orang-orang yang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingati Allah.
Ingat lah bahawa dengan mengingat Allah itu, tenteramlah segala hati”.











7.
Barakah.










Dalil :



· Q.7:96,
“Kalau sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, niscaya Kami
tumpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi tetapi mereka
itu mendustakan sebab itu Kami siksa mereka dengan sebab usahanya itu”.











8.
Kehidupan Yang
Baik.










Dalil :



· Q.16:97,
“Sesiapa yang melakukan kebaikan baik lelaki maupun perempuan sedang dia
beriman niscaya Kami siapkan dia dengan kehidupan yang baik”.











9.
Syurga.










Dalil :



· Q.10:25-26,
Mereka yang melakukan kebaikan akan mendapat kebaikan dan tambahan dari
Allah dan merek akan menjadi penduduk tetap surga Allah.











10.
Mardhotillah.










Dalil :


· Q.98:8, “Balasan untuk mereka
di sisi tuhannya ialah surga Adne yang mengalir sungai dibawahnya sedang
mereka kekal selama-lama di dalamnya. Allah redha kepada mereka dan
mereka redha kepada Allah. Surga itu untuk orang-orang yang takut
kepada Allah”.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar